Rabu, 31 Oktober 2012

JaLaN jaLaN (PaRt 1)

Salam semua.. Lama rasanya tak update blog ini.. So kali nak kongsi cerita percutian kami merangkap sambutan hari lahir anak yang ke-2  yang diadakan di nun jauh negeri utara (Langkawi) dan turut serta adik aku (angah n the geng) hehehe...
Sebelum sampai di langkawi kami semua singgah melelapkan mata di Batu Feringgi (Rumah Peranginan Bank Negara), Pulau Pinang. Xde sangat xtvt yang dijalankan cuma kami semua kuar pada sebelah malam coz di Batu Feringgi memang seronok bila kuar malam, banyak perniagaan dijalankan di kaki lima xde kena saman pun janji de lesen perniagaan jer..  dan pada sebelah siang hari kami semua kuar gi Bukit Bendara.. Memang seronok sangat2 walaupun sebelum ini dah pernah gi.. Lagi satu nak bagitahu jika singgah Pulau Pinang jangan lupa membeli jeruk. Memang banyak pilihan jeruk2 yang ada sampai nak pitam nak memilihnya dan harganya pun berpatutan.. Di sini aku tampalkan beberapa keping gambar semasa berada di sana.. 

Rumah Peranginan


Bukit Bendera
Pemandangan dari Bukit Bendera
Keretapi ke Bukit Bendera

 Perjalanan kami di sambung ke Langkawi. So inilah yang dinanti - nantikan oleh kami semua.Setelah 2 tahun aku n suami tak menjejak kaki di sana so akhirnya kami semua selamat sampai.. Kebiasannya tempat untuk kami melelapkan mata adalah di rumah peranginan. Kali ini namanya lain sikti iaitu Kompleks Peranginan (tapi ini bukan hotel tapi banglo). Meh tengok tempat kami lelapkan mata yer.. hehehe..


 Oklah setakat ini dulu yer.. Insyaallah esok aku sambung lagi pasal besday anak dara aku n sepupunya yang diadakan di Langkawi.. Macam2 gelagat semasa kami semua di sana.. Babaii..(jgn mare yer..)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan