Rabu, 31 Oktober 2012

JaLaN jaLaN (PaRt 1)

Salam semua.. Lama rasanya tak update blog ini.. So kali nak kongsi cerita percutian kami merangkap sambutan hari lahir anak yang ke-2  yang diadakan di nun jauh negeri utara (Langkawi) dan turut serta adik aku (angah n the geng) hehehe...
Sebelum sampai di langkawi kami semua singgah melelapkan mata di Batu Feringgi (Rumah Peranginan Bank Negara), Pulau Pinang. Xde sangat xtvt yang dijalankan cuma kami semua kuar pada sebelah malam coz di Batu Feringgi memang seronok bila kuar malam, banyak perniagaan dijalankan di kaki lima xde kena saman pun janji de lesen perniagaan jer..  dan pada sebelah siang hari kami semua kuar gi Bukit Bendara.. Memang seronok sangat2 walaupun sebelum ini dah pernah gi.. Lagi satu nak bagitahu jika singgah Pulau Pinang jangan lupa membeli jeruk. Memang banyak pilihan jeruk2 yang ada sampai nak pitam nak memilihnya dan harganya pun berpatutan.. Di sini aku tampalkan beberapa keping gambar semasa berada di sana.. 

Rumah Peranginan


Bukit Bendera
Pemandangan dari Bukit Bendera
Keretapi ke Bukit Bendera

 Perjalanan kami di sambung ke Langkawi. So inilah yang dinanti - nantikan oleh kami semua.Setelah 2 tahun aku n suami tak menjejak kaki di sana so akhirnya kami semua selamat sampai.. Kebiasannya tempat untuk kami melelapkan mata adalah di rumah peranginan. Kali ini namanya lain sikti iaitu Kompleks Peranginan (tapi ini bukan hotel tapi banglo). Meh tengok tempat kami lelapkan mata yer.. hehehe..


 Oklah setakat ini dulu yer.. Insyaallah esok aku sambung lagi pasal besday anak dara aku n sepupunya yang diadakan di Langkawi.. Macam2 gelagat semasa kami semua di sana.. Babaii..(jgn mare yer..)




Selasa, 2 Oktober 2012

Halo Matahari (Cincin Matahari)

Assalamualaikum kawan2..

Hari nak berkongsi satu cerita yang disebut-sebut oleh semua orang. Hari (02.10.2012) aku terbaca salah seorang kawan di laman FB yang 'meminta' utk melihat di luar satu keindahan kekuasaan Allah, yang dipanggil sebagai HALO MATAHARI.. Meh baca artikel di bawah ini mengenai Halo Matahari. Sesungguhnya kekuasaanNya tidak boleh ditandingi oleh semua orang. Allahhuakbar!! Allah Maha Besar.

Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). 
 
Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.