Assalamualaikum kawan2..
Hari nak berkongsi satu cerita yang disebut-sebut oleh semua orang. Hari (02.10.2012) aku terbaca salah seorang kawan di laman FB yang 'meminta' utk melihat di luar satu keindahan kekuasaan Allah, yang dipanggil sebagai HALO MATAHARI.. Meh baca artikel di bawah ini mengenai Halo Matahari. Sesungguhnya kekuasaanNya tidak boleh ditandingi oleh semua orang. Allahhuakbar!! Allah Maha Besar.
Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.
Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh
dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara
Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15
petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan
sundogs(Parhelia).
Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi
oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula
adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya.
Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama
dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent
arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama
ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal
arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang
berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan
ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat
panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam
posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul.
Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari
atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada
dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan
turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata
anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus
dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik
binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil
gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk
mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan