Selasa, 18 Oktober 2011

NAJIHAH & INSYIRAH

Rasanya dah lama xtaip blog.. Tetiba harini lak terasa teringin sangat nak taip coz sekarang ni aku dah de anak buah baru. Wahhh rasa macam xcaya jer dah de panggilan Maklong.. Hehehehe macam kelakar la.. Baby ni dilahirkan secara normal di hospital PPUM pada 16/10/2011 jam 2350 pm. Beratnya adalah 3.2kg. Wah besar anak adik aku ni.. Walhal mak ayah dia halus jer tapi xpelah janji semuanya selamat dan sihat.. Nama anak buahku ialah Allysha Nur Insyirah Binti Mohd Rafi Reza. Tahniah untuk adikku.. Sekarang sudah bergelar sebagai ibu dan ayah.. 

Tarikh insyirah n najihah sebelah menyebelah sama mcm aku n adik bongsuku.. Xsangka lak segenap 1 tahun 1 hari najihah dah de sepupu.. Dalam masa yang sama pada 15/10/2011 adalah hari ulangtahun kelahiran buat anakku Ainur Najihah Binti Ahmad Firdaus yang pertama. Alhamdulillah dah setahun anak mama..SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU.. Meh layan pic dibawah ni..
Ainur Najihah 

Allysha Nur Insyirah

Jumaat, 7 Oktober 2011

Manusia sering BERUBAH!

Entry kali ini nak cerita yang manusia sering berubah.. Kenapa yer?? Ermm xtahula kenapa manusia sering sangat berubah tapi hakikatnya adakah disebabkan diri sendiri atau orang lain??

Kenapa perasaan aku sering kali terdetik bila de manusia sering berubah? Kenapa ada orang buat diri aku macam ni. Kejam atau jahat sangat ke aku ni...Ya Allah! Kau ampukan lah dosa hambamu ini jikalau diri ini ada membuat kesilapan pada orang lain.. Ampunkan la.. 

Pada manusia yang ada aku buat salah pada mereka, maaflah aku samada secara langsung atau tidak. Maafkan aku.

Isnin, 3 Oktober 2011

Anak Beruang!!

Untuk kali ini nak bercerita mengenai anak kecilku (ainur najihah) yang semakin bijak..Anakku yang sekarang dah pandai untuk sayang menyayang.. Tahu kenapa?? Hehehe hari tu kami sekeluarga balik kampung dan tertinggal la bearbearnya di rumah selama 3 hari. Setelah balik ke sini aku terlihat anak kecilku mencari si bearbearnya yang 3 hari tidak jumpa akhirnya dipeluk dan diciumnya.

Setelah ku terlihat gelagat anak kecilku seperti itu aku mula berfikir "Ya Allah rupanya anakku sudah besar dan pandai mempunyai perasaan sayang terhadap sesuatu benda yang dia sayang".

Pada anak mama  yang mama sayang ingatla bahawa setiap apa barang yang kita sayang perlulah dihargai walaupun barangan yang diberikan tidak seberapa nilai harganya.. Ni lah bearbear kesayangan anak kecilku dan ku akan cuba mengambil picture anak kecilku memeluk si bearbearnya..