Jumaat, 17 Mei 2013

Akhirnya..

As salam..

Ya allah rasa lamanya tak update blog walupun blog ni segelintir je yg tahu huhuuhuhuu. Kali nak kongsi cerita pasal anak dara aku yang semakin bijak bercerita dan berakal..
2 hari lepas baru sahaja selesai menggunting rambut yang selama ni disimpan sejak usia 45 hari sehingga nak masuk 3 tahun (lama x simpan rambut, kalu simpan duit pasti dah penuh tabung) hehehehe.. Ok tak nak cite panjang meh tengok pic kat bawah nie erk..
Rambut yg disimpan selama ini..
proses menggunting rambut
Inilah hasilnya. Comel x saya?


Jumaat, 16 November 2012

Alahai Najihah..

Assalamualaikum..

Seronok sangat bekerja dalam minggu ini. Kenapa aku kata 'seronok' hehehe sebab ramai kengkawan opis bercuti. Maklumla cuti 2 hari tapi alang2 diorang sambungla cuti sampaila ke hari ini (jumaat). So aku pun dalam minggu ini gi keje pun tenang jer, jalan pun tak jem keje pun seronok jer.. hehehehe..
Kali ini nak kongsi gelagat anak aku yang sekarang usianya dah 2 tahun dan banyak kerenahnya.. Apa pun seronok sangat bila tengok anak membesar depan mata. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH. 
Kat sini aku letak beberapa keping pic anak aku yang mencuit hati.


Khamis, 1 November 2012

JaLaN - jaLaN (PaRt II)

Salam semua..

Kali ini nak kongsi cerita sambutan hari lahir anak dara aku (sambungan dari entri semalam).. Sambutan kelahiran anak aku boleh la dikatakan menyeronokkan.. Tanggal 15/10/2012 genapla usia anak aku 2 tahun. Ya Allah terima kasih kerana memberikan kami zuriat untuk kami mendidik anak menjadi solehah, bijak dan sebagainya (perkara baik). Rasa macam sekejap je masa berlalu.. So pada 15hb tu kami semua menyambut di salah satu Restoran dengan pelbagai hidangan yang menarik dan tak lupa sebiji kek hari lahir.. Sambutan yang kami adakan pada sebelah malam.. Apa pun layan picture di bawah..
Dalam masa (siang hari) kami semua di sana banyak tempat yang kami kunjungi 3 pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Helang. Selain itu Kompleks Kraftangan Pulau Langkawi, Langkawi Cable Car, Kota Mahsuri Langkawi dan Dataran Lang.. Memang menyeronokkan percutian kali ini.. Jika diberi peluang untuk ke sana lagi aku akan gi gak (tapi bukan dlm masa ini la erk) hehehehe...

Oklah silala roll di bawah melihat pic yg telah diambil oleh jurugambar (xprofesional)..

Picture di bawah ini adalah hari terakhir di Langkawi. Oklah sampai di sini saja cerita aku di Langkawi. Daa...




Rabu, 31 Oktober 2012

JaLaN jaLaN (PaRt 1)

Salam semua.. Lama rasanya tak update blog ini.. So kali nak kongsi cerita percutian kami merangkap sambutan hari lahir anak yang ke-2  yang diadakan di nun jauh negeri utara (Langkawi) dan turut serta adik aku (angah n the geng) hehehe...
Sebelum sampai di langkawi kami semua singgah melelapkan mata di Batu Feringgi (Rumah Peranginan Bank Negara), Pulau Pinang. Xde sangat xtvt yang dijalankan cuma kami semua kuar pada sebelah malam coz di Batu Feringgi memang seronok bila kuar malam, banyak perniagaan dijalankan di kaki lima xde kena saman pun janji de lesen perniagaan jer..  dan pada sebelah siang hari kami semua kuar gi Bukit Bendara.. Memang seronok sangat2 walaupun sebelum ini dah pernah gi.. Lagi satu nak bagitahu jika singgah Pulau Pinang jangan lupa membeli jeruk. Memang banyak pilihan jeruk2 yang ada sampai nak pitam nak memilihnya dan harganya pun berpatutan.. Di sini aku tampalkan beberapa keping gambar semasa berada di sana.. 

Rumah Peranginan


Bukit Bendera
Pemandangan dari Bukit Bendera
Keretapi ke Bukit Bendera

 Perjalanan kami di sambung ke Langkawi. So inilah yang dinanti - nantikan oleh kami semua.Setelah 2 tahun aku n suami tak menjejak kaki di sana so akhirnya kami semua selamat sampai.. Kebiasannya tempat untuk kami melelapkan mata adalah di rumah peranginan. Kali ini namanya lain sikti iaitu Kompleks Peranginan (tapi ini bukan hotel tapi banglo). Meh tengok tempat kami lelapkan mata yer.. hehehe..


 Oklah setakat ini dulu yer.. Insyaallah esok aku sambung lagi pasal besday anak dara aku n sepupunya yang diadakan di Langkawi.. Macam2 gelagat semasa kami semua di sana.. Babaii..(jgn mare yer..)