Isnin, 3 Oktober 2011

Anak Beruang!!

Untuk kali ini nak bercerita mengenai anak kecilku (ainur najihah) yang semakin bijak..Anakku yang sekarang dah pandai untuk sayang menyayang.. Tahu kenapa?? Hehehe hari tu kami sekeluarga balik kampung dan tertinggal la bearbearnya di rumah selama 3 hari. Setelah balik ke sini aku terlihat anak kecilku mencari si bearbearnya yang 3 hari tidak jumpa akhirnya dipeluk dan diciumnya.

Setelah ku terlihat gelagat anak kecilku seperti itu aku mula berfikir "Ya Allah rupanya anakku sudah besar dan pandai mempunyai perasaan sayang terhadap sesuatu benda yang dia sayang".

Pada anak mama  yang mama sayang ingatla bahawa setiap apa barang yang kita sayang perlulah dihargai walaupun barangan yang diberikan tidak seberapa nilai harganya.. Ni lah bearbear kesayangan anak kecilku dan ku akan cuba mengambil picture anak kecilku memeluk si bearbearnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan